Sabtu, 11 Mei 2013

Mamak oh Mamak


Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.

Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?

Mamak: Saya bini juga surat India mari.

Ali: Apa dia cakap? Tentu good news....

Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!
Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!

Ali: Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?

Mamak: Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.

Ali: ?????????????

Thursday, October 30, 2003

Jangan Menyampuk


Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC.
Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut
aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas
aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang
disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,
"Haa, camna sekarang ?"
Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, "Ok gak ler". Kemudian suara tu bertanya lagi,
"Kau nak gi mana ni??"
Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas, "Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"
Lepas suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??". Aku selamba jer kata, "Lepas aku sudah ni,
habis beli aku chow la".

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata
"Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya
soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Moral: jangan menyampuk time orang bercakap.

Wednesday, October 29, 2003

Burung Kakak Tua


Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua
burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya
diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata
kepada si penjual burung.

Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam
itu RM1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.

Tidak akan di hukum


Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum
dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan
yang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.

Presiden Vs Menteri


Seorang Menteri telah mengatur janji untuk bertemu dengan Presiden.
Tapi ia terlambat 2 jam dari waktu yang telah dipersetujui, sehingga Presiden
marah benar kepadanya.

"Kemana kamu pergi?" hardik Presiden, "Sudah 2 jam saya menunggu."
"Saya mengaku salah," kata Menteri. "Masalahnya lif yang saya naiki rosak. Dan tahukah tuan Presiden, selama lif diperbaiki saya terpaksa berdiri selama 2 jam."

Presiden menumbuk meja dengan marahnya. "Tolol...!" teriaknya. "Jadi maknanya, kamu berdiri menunggu lif itu diperbaiki selama 2 jam?"

"Betul , tuan Presiden."

"Tolol dan begong !!" teriak Presiden lagi lebih keras. "Mengapa kamu tidak duduk saja??"

I'm sorry


Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.

Gadis : " I'm sorry "

Pelancong : " I'm sorry, too "

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis : " I'm sorry. three "

Pelancong : " What are you sorry for? "

Gadis : " I'm sorry, five "

Kejadian Seram di Wad ICU


Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.. Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri.

Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba...... Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Bedah.... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan 'plug vacum cleaner'nya...

Jam Dinding


Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.
Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.

Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahukepada anak-anak buahnya.

"OOOO...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt....!!"

Nenek Ani


Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memangilkan seorang Mudhin (tukang do'a) agar di doakan. Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olah tidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin.

Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan Ani. Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang kerumah Ani.

Selesai memimpin do'a, Pak Mudhin berbicara, "Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasehat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya".

Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi :

"Mudhin jangan berdiri di situ...! Jangan pijak saluran oksigen aku..!"

Tuesday, October 28, 2003

Betul atau Salah


Dalam satu peperiksaan yang memerlukan pelajar menjawab BETUL atau SALAH, seorang pelajar kelihatan menggunakan buah dadu sebagai panduannya menjawab.Selepas menjawab semua soalan,pelajar itu mengulangi perbuatan melambung dadu untuk mendapatkan jawapan bagi semua soalannya untuk kali kedua.

Seorang pengawas yang kebetulan lalu disebelah meja pelajar itu bertanya, "Apa yang kamu buat tu?" Pelajar : "Saya sedang semak jawapan saya."

Saksi


Dalam satu perbicaraan kes bunuh,seorang doktor mengesahkan kematian mangsa dipanggil sebagai saksi.
Peguam: "Sebelum awak menandatangani surat kematian, adakah awak memeriksa denyutan nadi mangsa?"
Saksi: "Tidak."
Peguam: "Denyutan jantungnya, awak periksa?"
Saksi: "Tidak."
Peguam: "Pernafasannya?"
Saksi: "Tidak."
Peguam: "Jadi, ketika menandatangani surat kematian itu, awak tidak pasti lagi lelaki berkenaan masih bernafas atau tidak?"
Saksi: "Saya tandatangani surat itu selepas melihat otak mangsa di atas meja lain di bilik saya, adakah itu belum cukup untuk pastikan mangsa sudah mati!"

Kambing Hitam & Kambing Putih


Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?"
Gembala : "Oh, boleh saja"
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)

Kek Hari Jadi


Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.
"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

Kahwin


Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.

Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy: Tapi mengapa?
Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!
Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy: Ha!!??!!

Ada Ape Encik?


Seorang penjual roti di langgar sebuah bas. Akibatnya, dia tercampak dari motor rotinya dan masuk ke dalam longkang..

Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan.. Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya.. dia terus merintih kesakitan.

Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya..

"Ada apa encik..? Ada apa ?"

Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan.. penjual roti itu berkata,

"Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu ... Adaaaaaa rotii coklaaaattt ..."

Monday, October 27, 2003

Pening


Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai
anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak
tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah.
Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli,
Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada
Bapak Mertuanya.

Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan
anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul dalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada
Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli,
Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi.

Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri
Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah
Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli,
Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu
kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri...
muahahahahahahahhahaha... .isk isk isk... .. nennooo nennooo..neenooo..nenoooo..
phewiiittttt tebabooooooooooo.. aku pening... .... aku sindiri naik fening menterjemahkan
semua nih!!

Kali Pertama


Malam itu bulan mengambang penuh
Sejuk dan sunyi
Seolah-olah merestui apa yang akan ku lakukan
Namun jantungku berdebar kencang

Aku tidak tahu bagaimana hendak memulakannya


Sejak awal malam lagi aku sudah mula risau
Pengalaman yang ada cuma dari cerita orang saja
Dialah yang pertama bagiku

Malam sudah hampir subuh
Aku masih terpaku lagi
Dapat kurasa kehangatan badannya di sisiku
Orang lain semua masih tidur
Kata orang inilah masa yang paling sesuai
Sebelum subuh
Sebelum matahari terbit

Ahhhhhhhhh!!
Aku lelaki
Aku mesti boleh melakukannya
Mesti mesti mesti
Ku beranikan diri
Ku pandang saja
Dia diam saja
Ku renung matanya
Dia masih diam
Aku tahu dia menunggu aku
Akulah yang mesti melakukan
Mesti mesti mesti

Denyutan jantungku bertambah kencang
Kuberanikan diri lagi
Ku pegang kepalanya
Dia masih diam
Perlahan, ku raba belakangnya
Oh! Dia bergerak
Mungkin geli
Denyutan jantungku tidak terkira lagi

Ku pandang punggungnya yang bulat
?besar? terlintas di fikiranku
gatal di hatiku makin menjadi
ku pegang punggungnya yang pejal
ku dengar deru nafasnya
jantungku hampir meletup kurasa
geramku tidak tertahan lagi
kini aku sudah nekad
ku pegang susunya
ohhhh! Alangkah lembutnya
alangkah halus kulitnya
ku ramas perlahan
dia menoleh!!
Hampir pengsan ku rasa
Namun aku tahu aku sudah bersedia
Dia tahu aku akan?..
Aku terus duduk
Aku sudah tidak malu lagi
Aku sudah tidak takut lagi
Aku kangkangkan kedua kakinya
Ku letakkan kedua tanganku pada susunya
Besar dan penuh
Ku ramas pelahan
Lagi dan lagi
Kini aku sudah tahu
Kini aku sudah rasa
Bagaimana seronoknya
Memerah susu lembu...

Selalu Terbangun


Mike pergi berjumpa seorang doktor kerana mengalami masalah susah tidur. Dia sudah mencuba berbagai ubat tidur.. tetapi tetap susah untuk tidor..

"Mungkin perubatan tradisional akan berhasil" kata doktor.

"Sebelum tidur cubalah mengira dari angka satu, dua, tiga.. sampai akhirnya anda tertidur...

Seminggu kemudian Mike kembali berjumpa doktor itu..

"Nampaknya anda sudah lebih segar dan sihat.. apakah cara itu berhasil..?" tanya doktor.

"Sebenarnya hampir berhasil.. pada bilangan ke tujuh saya sudah mula mengantuk.. tapi pada bilangan kedelapan saya akan terbangun kembali" jawab Mike.

Doktor kehairan..

"Mengapa Mike.. awak ada masalah besar ke?!!?"

"Ya, kerana saya adalah seorang peninju !"

Diam


Seorang ibu muda pergi berjumpa kawannya yang kebetulan seorang doktor. Ketika rancak bersembang, anak kecil si ibu tadi sibuk menggeledah makmal kecil di rumah doktor tersebut. Si ibu tersebut tidak pula melarang anaknya yang semakin lama semakin rancak menggeledah bilik yang dipenuhi botol-botol ubat. Doktor tersebut tidak berkata apa-apa tentang kenakalan anak si ibu tadi.

"Prangggggg!!!" Bunyi botol kaca pecah. Barulah si ibu bersuara, "Saya harap awak tak kisah dengan anak saya tu. Dia memang nakal sikit. Biasalah, budak-budak."

"Ehh! Tak apa. Nanti sampai kat botol racun tu, diamlah dia," kata doktor tersebut dengan sinis."

Suami Terbaik


Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "

"Hello?"

"Abang, nie sayang nie,"

"Emmm... "

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma $1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000 ..."

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "

" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . ."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye... I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

Janda 18 tahun


Ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung. Duda ni nama dia Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda hi.. setelah kematian isterinya. Pada satu hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya, manala tau kekawannya ada calon yg sesuai.

Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana dia ada calon yg sesuai untuk Amat. Amat sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 thn. Beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya.

"Nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Sin ??" tanya Amat.

"Kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi apa!" kata Usin membodek Amat. "Tapi....kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? Aku nak pakai duit la.." kata Usin lagi.

"Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan.. tak payah pinjam" kata Amat tanpa berfikir panjang. Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat.

"Kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap" janji Usin kepada Amat. Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Amat. Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Amat.

Amat segera terbayangkan saat2 indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya nanti. Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Amat disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Amat dengan senyum lebar. Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Amat, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Amat mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, baru la Amat sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18thn.

"Usinnnnnnnnnn!!!!!!" jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin. Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Amat. " Kau tipu aku Sinnnn!!!" jerit Amat sambil mencekik leher Usin.

"Tipu apa plak???" tanya Usin bingung.

"Kau kata 18thn!!!!" balas Amat.

"La...bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn...tapi dia dah menjanda 18thn!!!"

"Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu!!!!!!!!"

Lawak Pak Pandir


Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..

Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?
Penjual : Ada.
Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau......

=========================================================

Pak Pandir pergi ke kedai. Dia ternampak benda berkilat..... Dia pun bertanya kepada penjual...

Pak Pandir : Apa benda yang berkilat tu
Penjual : Oh! Itu tarmos
Pak Pandir : Apa kegunaannya??
Penjual : Ia memanaskan benda yang panas dan menyejukkan benda yang sejuk
Pak Pandir : Baiklah, saya beli satu....

Keesokkan harinya, Pak Pandir pun pergi ke kerja dengan tarmosnya....

Pengurus : Apa benda tu Pak Pandir?
Pak Pandir : Oh ini tarmos saya. Baru saya beli semalam...
Pengurus : Benda tu untuk apa?
Pak Pandir : Ia memanaskan benda yang panas dan menyejukkan benda yang sejuk.
Pengurus : Oh... jadi apa di dalamnya?
Pak Pandir : Saya tuangkan 2 cawan kopi dan 1 cawan air bandung di dalamnya.

==============================================================

Pak Pandir mahu pastikan segala kerjanya dilakukan dengan baik. Jadi setelah membuat fotokopi untuk dokumen-dokumen itu, dia selalu membandingkan salinan itu dengan salinan yang asal. Takut kalau-kalau terdapat salah ejaan...

==============================================================

Pengurus : Pak Pandir, jika terdapat kecemasan, awak dail 911. Jangan lupa lagi.
Pak Pandir : Saya tak lupa Tuan. Masalahnya, saya tak nampak angka 11 di talipon ini..

==============================================================

Kerani : Tuan, ini faks dari Pak Pandir..
Pengurus : Macam mana awak tahu? Tak ada nama dia pun
Kerani : Di faks ini ada setem.....

Dengan Penuh Senyuman


Seorang pemimpin sebuah persatuan sedang memberi ucapan dihadapan sekumpulan ahlinya berkenaan kewajiban membayar yuran persatuan dengan rela hati...

"Adalah menjadi suatu penghormatan bagi kita jika dapat membayar yuran persatuan dengan penuh senyuman" kata pemimpin.

Tiba-tiba dari barisan belakang terdengar suara menjerit kegembiraan..

"Oh.. Syukur pada Tuhan.. mulanya saya sangka yang yuran mesti dibayar dengan wang..."

Sedut


Dalam suatu pertandingan di dapati ketiga-tiga orang yang mengambil bahagian telah mendapat markah yang sama. Untuk menentukan pemenang, pengadil menyarankan di adakan pertandingan sedut-sedut dengan hidung. Sesiapa yang paling banyak menyedut benda masuk ke hidungnya akan di istiharkan sebagai pemenang.

Pengadil meletakkan benda-benda kecil seperti cebisan kertas, kacang hijau dan lain2 di atas meja untuk tujuan di sedut dengan hidung. Ketiga peserta yang datangkan dari seluruh penjuru duniapun bersedia. Pengadil memulai pertandingan.

Peserta Pertama datang dari Afrika,....(peserta pertama pun bersedia) Siapppp .... Yak!..Dan tiba tiba saja meja di depan peserta pertama Hilang.Semua penonton hairan dan takjub. Sungguh luar biasa. Pengadil berkata "Peserta pertama berhasil menyedut sebuah mejaaa!",

Peserta kedua dari Amerika pun mulai bersedia untuk memulakan sedutan. Huuusp!.... Tiba-tiba saja, 3 buah meja di depan peserta kedua hilang.... semua penonton bertambah hairan dan takjub. Pengadil Berkata "Peserta kedua berhasil menyedut 3 buah meja...!!",

Sekarang giliran peserta ke tiga....dari Malaysia. Semua penonton meng booo kerana mereka percaya...sudah tentu tak dapat menyedut kecuali beberapa biji kacang hijau bolehlah agaknya. Ketika peserta ketiga baru mengambil tempat untuk memulakan sedutan hidungnya... tiba tiba.....zupsssss stadium menjadi gelap dan lampu mati.

Lalu tak lama kemudian pengadil membuat pengumuman dan berkata : "Saudara saudara para penonton sekalian...Peserta ketiga berjaya menyedut sebuah stadium dan Kita semua berada dalam hidungnya ..........!"

Pantun Raya


Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Timbang Berat


Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu
alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan
membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita
oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba
di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM
1.00..mesin komputer menjawab: "47 kg!"
Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer
menjawab: "52 kg!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang
cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu.
Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan:
"Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!"

Kenapa Kamu Di Sini


"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah

"Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor!"

"Maaf, saya tidak tahu.. encik"

"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?"

"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.."

"Tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?"

"Mahu memeriksa kabel lampu ini encik... Saya petugas TNB"

Kemalangan


Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tinga lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun

Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu... lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut..

Polis : "Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?"

Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.

Polis : "Oh...kereta terbalik beberapa kali... jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?"

Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..

Polis : "Oh...lelaki itu sedang mabuk masa memandu. Dan bagaimana pulak wanita tua itu? Anak-anak juga buat apa?"

Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar.

"Oh...okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?"

Dan... si monyet kemudian menirukan gaya memandu...

Askar


Ada seorang lelaki tua berambut panjang.. bermisai lebat dan berjanggut panjang pergi kesebuah kedai gunting.. Wajahnya yang kusut masai itu umpama baru keluar dari persembunyian di hutan..

Lelaki tua : "Saya nak gunting rambut.. cukur misai dan janggut.."

Tukang gunting : "Rambut nak fesyen apa?"

Lelaki tua : "Potong pendek aje semuanya"

Tukang gunting itu mula memotong semua rambut.. misai dan janggut lelaki itu hingga selesai..

Tukang Gunting : "Pakcik... pakcik ni dulu seorang askar ya??"

Lelaki tua : "Iya.. mana kamu tahu nak....?"

Tukang gunting : "Saya baru saja berjumpa dengan topi askar di dalam rambut pakcik"

Pemotong Kayu Yang Jujur


Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.

Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......

Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.

Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....

Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...

Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...

Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku...

"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si pari-pari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"....

Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.

Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.

Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.

Selepas kejadian tersebut..... selang bebarapa hari maka sihatlah semua akan isterinya. Seperti biasa mereka berdua pun dapatlah bersama-sama kehutan mencari kayu api...

Namun begitu, pada suatu hari di musim tengkujuh..... turunlah keduanya ke dalam hutan mencari kayu... Dalam perjalanan.... si isteri telah tergelincir lalu terjatuh dan hilang di dalam sungai. Maka menangis lah si tua akan kehilangan isterinya lalu menimbulkan simpati pari-pari di langit.

Lalu bertanyalah si pari-pari perihal kesedihan si tua tersebut... maka diceritakan lah akan kesedihannya kehilangan si isteri...... Lalu tanpa berlengah terjunlah si pari-pari ke dalam sungai...

Selang bebarapa minit timbul lah si pari-pari sambil mendukung siti nurhaliza dan bertanya kepada si tua tersebut. "inikah isterimu?..." Lantas si tua tersebut mengakuinya.." Ya..ya betul... inilah isteri hamba..."

Mendengarkan pengakuan yang tidak jujur tersebut..maka marahlah si pari-pari... "Pembohong.... ini bukanlah isterimu...aku sump"... belum habis si pari-pari berkata lalu si tua mencelah.

"Sabar...sabar.... ini sebenarnya adalah salah faham.... bukan niat hamba berbuat demikian"... dengan nada sayu si tua meneruskan kata-katanya. "Hamba khuatir jika hamba tidak mengakuinya..maka tuan hamba akan terjun semula beberapa kali lagi sambil membawa Siti Nurdiana, Maya Karin dan Pamela Anderson...hamba ini hanya lah si tua yang miskin tidak mampu memiliki kesemua mereka ini....."

Pantun Melayu Versi Otromen


Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser di'fire' Ultraman
Ultraman yg baik dikenang jua

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksaser
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Taro datang membantu

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Ader lampu nyaler

Mengata dulang paku serpih
Boleh fire terus lawan pulak lebih-lebih

Sudah geharu cendana pula
Sudah kalah di'fire' pula

Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.

Nangka Beracun


Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri nangka di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea... Di tengah-tengah kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis..

'AWAS.. SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN'

Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati nangka-nangkanya itu tidak dicuri lagi..

Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik nangka-nangkanya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada nangkanya yang hilang... tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis..

'KINI ADA DUA NANGKA YANG DISUNTIK RACUN'

Menjerit Bersama


Lima orang budak sedang bermain ditepi sungai.. tiba-tiba salah seorang dari mereka terjatuh kedalam sungai sedangkan mereka semua tidak pandai berenang.. Lalu salah seorang dari budak-budak itu menjerit..

"Tolong, Tolong"

Disebabkan jeritan itu sangat perlahan dan tidak didengari oleh orang lain.. lalu salah seorang budak lain berkata..

"Mungkin lebih baik kalau kita semua menjerit Bersama"

"Ya.. Idea yang sangat bagus" jawab rakannya yang lain.. dan mereka semua mula menjerit

"Bersama ! Bersama!"

Bayi Jepun


Herman : "Saya dengar anda suami-isteri sedang mengikuti kursus bahasa jepon.. kenapa?"

Jamri : "Kami baru sahaja mengambil seorang bayi Jepun yang berusia sebulan itu dari rumah anak yatim sebagai anak angkat kami... Jadi kami bimbang bila sudah besar nanti dia akan bercakap dalam bahasa Jepun dengan kami"

Kirimkan Berita Dengan Segera


Seorang wartawan pergi ke sebuah pusat peranginan untuk berehat.. Setelah Dua hari berada dipulau itu... tiba-tiba berlaku kejadian yang tidak diduganya iaitu tempat itu telah dibom dan hampir 10 buah rumah rehat musnah... dan beberapa lagi cedera parah..

Petang itu... Pengarang tempat dia bekerja teringat yang wartawan itu berada dipulau tersebut telah menelefon dan menyuruh wartawan itu mengirimkan berita terkini untuk disiarkan didalam akhbarnya...

"KIRIMKAN BERITA DENGAN SEGERA" kata Pengarang Akhbar...

Mereka membiarkan satu halaman kosong di muka depan surat khabarnya untuk diisi berita mengenai peristiwa pengeboman tersebut...

Akhirnya Pengarang Akhbar itu menerima surat balasan dari si wartawan... bunyinya:

"JANGAN BIMBANG SAYA SELAMAT"

Nampaknya Puan Begitu sabar


Seorang lelaki asyik memerhatikan seorang wanita yang sedang membeli belah di supermarket bersama anak kecilnya... Anak wanita itu duduk di dalam troli yang ditolak oleh ibunya..

Ketika melintas bahagian makanan... anak wanita itu merengek-rengek meminta dibelikan biskut... Tapi ibunya kelihatan tidak menghiraukan permintaan anaknya itu.. Anaknya mula menangis dan menjerit Dengan suara perlahan.. si ibu berkata

"Sabar Suzie... ada tiga lorong lagi.. jangan marah..ya. tak lama lagi dah.."

Kemudian mereka melalui pula lorong yang mengandungi bahagian permainan.. anaknya sekali lagi merengek dan menjerit minta dibelikan permainan.. Ibunya tetap tidak menghiraukan permintaan anaknya itu dan anaknya terus menangis... Si ibu berkata..

"Sabar, sabar, Suzie... ada dua lorong lagi dan kita akan keluar dari tempat ini"

Akhirnya mereka selesai melalui lorong terakhir dan terus pergi ke kaunter dan menunggu giliran untuk membuat pembayaran.. Anaknya masih menangis dengan kuat dan menjerit-jerit minta dibelikan mainan.. Si ibu dengan sabar berkata..

"Sabar Suzie.. kita akan melepasi kaunter ini dalam masa 5 minit sahaja lagi.. Lepas ini kita akan pulang dan boleh tidur dengan selesai.."

Si lelaki yang melihat kejadian itu kagum dengan kesabaran si ibu... Lalu dia pun mengikuti wanita berkenaan hingga ke tempat parking untuk memberikan pujian....

"Sungguh Luar biasa.. anda begitu sabar menghadapi si kecil Suzie" katanya.

Si ibu menjawab.. "Saya Suzie dan ini anak saya namanya Lily

Tak Mati ke Kena bom?


Asan dan Sudin telah berjumpa dengan tiga ketul bom tangan... lalu mereka memutuskan untuk menyerahkannya ke balai polis..

"Bagaimana jika salah satu dari bom ini meletup sebelum kita sampai ke balai?" tanya Sudin

"Itu senang aje" jawab Asan..

"Kita tipu aja dengan mengatakan yang kita hanya berjumpa dua ketul..

Pelupa


Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala
hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secara
fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan
diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala
perkara.

Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV...
Tiba-tiba si atuk berdiri..

Nenek : "Mahu kemana?"

Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air"

Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA"

Atuk : "OK .."

Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa"

Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?"

Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"

Atuk : "Beres .. !!"

Nenek : "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti pasti abang akan
lupa semuanya"

Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila.. strawberry
dan krimnya bukan?"

Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek
sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.

Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata..abang akan lupa
pesananku... sepatutnya ditulis dulu"

Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?"

Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY."

Cinta Itu Buta?


Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran itu
juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.

"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor
yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari
situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta
tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya
kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya
pesan ikan pais dan sayur masak asam bang"............

Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu
memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari
kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas
dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais
dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan
menu lainnya.

Amin memberikannya
kepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata,
"Bau sudu yang ini sedap juga, seperti
habis diguna untuk makan ayam
bakar dengan sayur ulam dan sambal
belacan." Amin mengiyakan dan si
lelaki buta memesan makanan tersebut.

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian.
Dia datang lebih awal ketika belum
ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang
boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat
nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan
sebagai tukang masak di dapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati,
kamu usapkan sudu ini di
ketiak kamu"

"Apa-apa lah abang ni ?" tanya Yati tak faham.

"Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setengah
memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan
menyerahkan kembali kepada Amin.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta
itupun menghidu sudu itu, dengan
mengernyitkan keningnya, lelaki buta
tersebut berkata, "Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di
sini....... boleh saya jumpa dia"

Amin: ????????????????.(bengang)
Sesungguhnya Cinta itu Butaaaaaa.....................

Menu Restoran Itali


Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal. Dia sendiri pun belum pernah masuk sebelum ini.. tapi demi mengambil hati teman wanitanya.. dia memberanikan diri untuk makan di restoran itu...

Setelah mereka duduk dan memakan anggur yang disajikan.. si lelaki mengambil menu... Kerana bingung melihat nama-nama aneh masakan Itali.. dia memilih sembarangan...

"Waiter.. bawakan kami makanan Giuseppe Spomdalucci untuk 2 orang" kata lelaki tadi..

"Maaf.. encik" jawab waiter

"Itu nama pemilik restoran ini"

Komunikasi


Seorang Managing Director memberi arahan kepada General Manager nya...

"Besok akan ada gerhana matahari penuh pada jam sembilan pagi. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari. Untuk menyambut dan melihat peristiwa ini, seluruh pekerja diminta untuk berkumpul di padang dengan berpakaian kemas.. Saya akan menjelaskan fenomena alam ini kepada mereka. Jika esok hujan.. dan kita tidak boleh melihatnya dengan jelas.. kita akan berkumpul di kantin saja."

Lalu General Manager itu menyampaikan arahan bos nya kepada Ketua Jabatan..

"Ini adalah arahan Managing Director.. esok pada jam sembilan pagi akan ada gerhana matahari penuh.. Jika esok hujan.. kita tidak boleh berkumpul di padang untuk melihatnya dengan berpakaian kemas.. Dengan demikian, peristiwa gerhana matahari ini akan dijelaskan oleh Managing Director di kantin sahaja. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari."

Dan Ketua jabatan pula menyampaikan pada ketua seksyen..

"Ini adalah arahan dari Managing Director.. esok kita akan mengikuti peristiwa gerhana matahari di kantin pada jam sembilan pagi dengan berpakaian kemas.. Managing Director akan menjelaskan apakah esok akan hujan atau tidak. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari."

Seterusnya Ketua seksyen pula menyampaikan amanat tadi kepada penyelia..

"Jika esok turun hujan di kantin.. kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari, Managing Director, dengan berpakaian kemas akan gerhana pada jam sembilan pagi."

Akhir sekali penyelia menyampaikan arahan tersebut kepada para pekerjanya..

"Esok pagi.. pada jam sembilan.. Managing Director akan gerhana.. Sayang sekali, kita tidak boleh melihatnya setiap hari.

Kuliah


Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di sebuah universiti.

Kata professor "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa".

Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal.

Setelah professor menghabiskan kuliahnya professar berkata,

"Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya."

"Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan" balas orang itu.

Tak Cukup Tinggi


Ahmad.. seorang pelancong dari timur tengah... sedang jalan-jalan di sekitar ibukota.. Dalam poketnya hanya tinggal wang satu dolar sahaja... dan ketika malam tiba, dia cuba mencari tempat penginapan... kerana wang yang tinggal amat sedikit.. dia mencari rumah tumpangan yang murah.. apabila berjumpa.. Dia bertanya kepada pemilik rumah tumpangan tersebut.. berapa kadar menginap satu malam.

Pemilik rumah tumpangan menjelaskan...

"Encik.. untuk bilik di di tingkat bawah.. kadarnya RM 60 satu malam.. kalau di tingkat dua.. RM 50 Semalam dan kalau di Tingkat tiga.. kadarnya RM 40 semalam.. sekarang encik pilih lah di tingkat berapa yang encik mahu..."

Tidak lama selepas itu.. pelancong itu hanya mengelengkan kepala dan meninggalkan rumah tumpangan tersebut tanpa berkata apapun. Lalu pemilik rumah tumpangan itu cuba bertanya sambil menjerit ke arah pelancong yang semakin jauh itu..

"Encik.. kenapa tidak jadi menginap?"

Sambil mengangkat bahu... pelancong yang kekurangan wang itu menjawab...

"Rumah tumpangan anda masih kurang tinggi"

Anak yang Baik


Dua orang wanita yang sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu di sebuah pasar.. Mereka masing-masing bercerita tentang keluarganya....

Wanita 1: "Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna"

Wanita 2: "Apakah dia merokok?"

Wanita 1: "Oh, tidak!...tidak sama sekali!"

Wanita 2: "Dia kekadang minum bir?"

Wanita 1: "Oh, tidak! Dia anak yang baik-baik"

Wanita 2: "Dia kuat bersosial... dan selalu pulang larut malam ke rumah?"

Wanita 1: "Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak terbaik dalam keluarga"

Wanita 2: "Wah, nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, berapa usianya?"

Wanita 1: "Minggu depan akan genap usianya enam bulan!"

Gosok Mata


Seorang lelaki yang kudung kakinya,tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.

Penemuduga: "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?"

Lelaki: "Cedera ketika perang dunia kedua."

Penemuduga: "Kenapa tangan kamu bercangkuk?"

Lelaki: "Terpotong dengan pisau besar!"

Penemuduga: "Mata kamu pula?"

Lelaki: "Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya."

Penemuduga: "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?"

Lelaki: "Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu.
 
Akui Diri
 

Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.

Dia bertanya, "Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri". Semua pelajar diam. Ada yang senyum. Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun. Profesor berkata: "Oooh....Jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?" Pelajar: Bukan....sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang saja yang berdiri!

Potong


Sebaik mengambil tempat duduk di ruang menunggu di sebuah klinik, Nazri terpandang Sahrum sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Sahrum.

Nazri: "Kenapa menangis?"

Sahrum: "Saya datang untuk ujian darah!"

Nazri: "Awak takut ke?"

Sahrum: "Bukan itu sebabnya, Ketika ujian darah dijalankan mereka memotong jari saya!"

Mendengar penjelasan Sahrum, Nazri pula menangis.

Sahrum: "Eh...kenapa pula awak menangis?"

Nazri: "Saya datang ni untuk ujian air kencing!"

Murah


Sebelum ke Eropah untuk urusan perniagaan, Zul singgah di sebuah bank di ibu kota bagi mendapatkan pinjaman segera RM 15.000

"Encik....pinjaman ini perlukan cagaran, apa encik nak cagarkan? tanya eksekutif pinjaman bank itu.

"Kereta Rolls Royce saya, ini kuncinya," Kata Zul

Selepas menandatangani surat perjanjian, eksekutif itu memandu kereta Rolls Royce berkenaan kekawasan letak kereta bank di bawah tanah. Kemudian dia menyerahkan RM 15,000 kepada Zul.

Dua minggu kemudian, Zul kembali dari Eropah dan terus ke bank untuk melangsaikan pinjaman serta mengambil keretanya semula.

"Pinjaman encik keseluruhannya RM 15,000 dan faedahnya RM 25.50" Kata eksekutif itu. Zul kemudian menyerahkan sekeping cek kepadanya.

"Setahu saya encik jutawan terkaya di bandar ini, mengapa encik perlu meminjam RM 15,000 dari bank?" kata eksekutif itu.

Zul berpaling dan tersenyum. "Mana ada tempat yang selamat dan murah untuk meletakkan kereta di Kuala Lumpur. Hanya RM 25.50 untuk dua minggu." jawabnya.

Pancing


"Suatu petang.. ketika hari selepas hujan.. seorang atok duduk ditepi paya dengan memegang pancing sambil merokok..

Orang-orang yang melihatnya kehairanan.. ada yang kasihan dan ada juga yang ketawa.. Tiba-tiba badul menghampirinya dan bertanya...

Badul : "Pakcik ni memancing untuk apa?"

Atok : "Untuk makan"

Badul : "Oh.. kalau macam tu.. ayuh ikut saya makan.. saya belanja.."

Mulanya atok itu malu2 kemudian setelah di paksa akhirnya dia ikut aje...

Sambil makan si Badul bertanya..

Badul : "Pakcik mancing di paya tu ada ikan ke?"

Atok : "Oh ada"

Badul : "Biar betul pakcik nie.. dah berapa ekor dapat?"

Atok : "Kamu yang kelima""

Lawak Blonde


Seorang gadis berambut perang memasuki sebuah kedai elektronik..

Gadis : "saya ingin membeli TV ini."

Penjual : "Sorry, barang ini tidak dijual untuk orang berambut perang."

Gadis berambut perang ini segera bergegas pulang dan terus menyembur rambutnya. Lalu dia pergi semula ke kedai tadi dan berkata pd penjualnya..

Gadis : "Saya ingin membeli TV ini."

Penjual : "Sorry, tidak dijual untuk orang berambut perang."

Gadis itu berfikir..

"Oh, dia masih boleh mengenaliku."

Lalu gadis ini melakukan perubahan 100% pada dirinya. Dia memotong rambutnya dan mengecatnya dengan warna baru, memakai pakaian baru dan kaca mata hitam besar. Gadis itu menunggu beberapa hari, lalu dia pergi semula ke kedai tadi. Dia pergi ke penjual itu dan berkata,

Gadis : "Aku ingin membeli TV ini."

Penjual : "Sorry, tidak dijual untuk orang berambut perang."

Kerana kecewa.. gadis itu bertanya..

"Bagaimana kamu tahu yang aku berambut perang sebelum ini?"

Penjual itu menjawab..

"Kerana ini bukan TV tapi microwave."

Lari Jauh


"Ibu : "Fendi.. kenapa wajahmu pucat dan nafasmu termengah-mengah?"

Fendi : "Saya berlari jauh untuk menghentikan sebuah perkelahian."

Ibu : "Wah, bagus sekali perbuatanmu. Siapa yang berkelahi?"

Fendi : "Fuad dan saya"

Ibu : "Cheh.. dasar penakut"

Mana Satu


"Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya.. dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.

"Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?"

Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab... "ha'ah"

Pelancong itu tidak faham perkataan 'ha'ah'.

Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan.. melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya..

"Maaf dik.. tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?"

Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, "Benar"

Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan 'benar'.

Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya

"Maaf encik.. saya tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?"

Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, "Betul."

Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya.. dia bertanya lagi..

"Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya 'ha'ah'.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya 'benar'. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab 'betul', tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?"

"Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab 'ha'ah' bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje... Kalau yang menjawab 'benar', orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab 'betul' itu pastinya orang itu ada sarjana," jawab orang dewasa itu...

"Jadi.. Anda tadi menjawab 'betul', bererti snda seorang sarjana ya?" tanya Pelancong lagi..

Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, "ha'ah"

Payung Abang


"Andi adalah seorang yang sangat pelupa. Setiap hari dia pergi ke pejabat dengan membawa payung. Namun, dia pasti lupa membawa turun payungnya dari bas..

Suatu hari isterinya mengingatkan dia untuk kesekian kalinya.

"Abang.. harga payung cukup mahal dan kita telah membelinya setiap hari, ingatlah payung abang masa turun dari bas!"

Maka ketika andi hendak turun dari bas dia segera mengambil dan membawanya pulang ke rumah. Dengan gembira ia menunjukkan payung tersebut pada isterinya.

"Hari ni adalah yang istimewa bagi abang.. abang tidak lupa lagi membawa pulang payung ini!"

Tapi isterinya berkata, "Abang.. hari ini kan abang tidak membawa payung ke pejabat!"

Pertandingan senjata tajam peringkat dunia.


Dalam satu pertandingan senjata tajam dunia, tiga orang peserta berjaya ke peringkat akhir.
Jaguh pedang dari Sepanyol, samurai Jepun dan pendekar silat dari Malaysia.

Di peringkat akhir, semua peserta di kehendaki menunjukkan kemampuan membunuh seekor
lalat dengan menggunakan sebilah pedang.

Kotak lalat dibuka, seekor lalat terbang dengan lincahnya, sang jaguh pedang dari Sepanyol
menghunuskan senjata dan mengibasnya dengan pantas. Tubuh lalat itu terpotong dua. Penonton bersorak mengkaguminya.

Giliran samurai Jepun menghunuskan senjatanya. Kepantasan samurai Jepun memang tiada tandingan, dengan secepat kilat tubuh lalat kedua terbahagi tiga. Penonton berdiri bertepuk tangan memuji sang samurai.

Kini giliran pendekar silat dari Malaysia. Segera ia menghunus pedangnya, mengibas ke kiri dan kekanan. Lalat ketiga masih terbang di udara, tetapi 'penerbangan'nya agak berbeza. Juri dan penonton yang semenjak tadi menahan nafas terpaku dan kehairannan melihatkan lalat tersebut masih utuh dan terbang.

Melihat reaksi demikian, sang pendekar segera berkata, "Tuan-tuan jangan salah sangka, lalat tu baru saja saya sunatkan".

Pesakit Jiwa dan Pilot


Satu hari, seorang pilot telah di tugaskan utk membawa 30 pesakit jiwa
berpindah ke satu kawasan yg baru dgn menaiki kapal terbang yg akan di
pandunya.

Pada keesokan hari, spt yg dijanjikan juruterbang itu pun membawa 30
pesakit jiwa tersebut. 29 pesakit tersebut terlalu gembira dapat menaiki
kapal terbang itu. Mereka semua melompat2 di dlm kapal terbang itu.
Bagaimanapun cuma seorang pesakit sahaja yg hanya mendiamkan diri.

Tiba2 kapal terbang yg mereka semua naiki bergegar akibat 29 pesakit yg
melompat2 itu. Pilot menjadi geram akibat perbuatan 29 pesakit itu. Dia
tidak dapat mengawal kapal terbang yg bergegar itu. Pilot tersebut
memanggil pesakit jiwa yg pendiam itu dan menyuruh supaya dia memberitahu
kawan2nya supaya berhenti bermain.

5 minit kemudian, pilot itu mendapati kapal terbang kembali stabil. Pilot
memangggil sekali lagi pesakit jiwa yg pendiam itu dan bertanya, "Kenapa
semuanya boleh menjadi senyap dlm sekelip mata..? Apa yg kau bagi tau sama
kawan2 kau itu?". Pesakit itu pun manjawab "Saya bagi tau kat kawan2 saya
..... kalau nak melompat2............pergi main kat luar!!!!

KisaH PeNgEmIs Dan PeLaJaR UniVerSiTy


Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang
pengemis tua di depan kampus UITM.

Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?
Pengemis : Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak
Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat
berapa
pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana?
Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama
ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di
Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti
Sains Malaysia di Penang...
Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik
ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya
masih kuliah?
Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....

*Hampehhhhhh..!!!!*

Jujur


Sepasang kekasih yang hendak menikah sedang berbincang. Si Gadis berbisik pada kekasihnya, "Sekarang waktunya kita saling jujur agar kelak kita tidak kecewa."

Si Pemuda mengangguk. Gadis berkata "Sesungguhnya dada saya rata..seperti
Papan...kalau kau tidak suka katakan saja. Kita boleh batalkan pernikahan ini. Saya
sedia menghadapinya", kata gadis. Pemuda dengan lemah lembut menjawab, "Itu tidak masalah. Bagiku seks bukanlah hal yang penting. Tetapi cinta kasih" Gadis pun lega mendengarkannya. Saya juga perlu mengatakan sesuatu sejujurnya padamu.", jelas
pemuda. Gadis mengangguk tersenyum. "Sesungguhnya 'anu' saya seperti bayi...", kata pemuda. Sstt...sudahlah itu tidak penting. Bagiku seks bukanlah hal yang penting.
Tetapi cinta kasih.", sahut si Gadis. Pemuda pun lega mendengarkannya. Malam pengantin tiba. Gadis mula membuka baju dan nampaklah dadanya yang
memang..memang...benar-benar.. rata. Pemuda hanya tersenyum melihatnya.
Kemudian pemuda mula membuka seluarnya sehingga nampaklah 'anu'nya.
Melihat itu gadis menjerit dan pengsan. Setelah sedar si gadis bertanya, "Kau katakan 'anu'mu seperti bayi...?"
"Ye la memang seperti bayi,... panjang 50 cm dan berat 3 kg"

Malang Si Nenek


"Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu.

Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu. Polis meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur. Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu jalan bongkok-bongkok dan setelah melihat cucunya berbaris dia bertanya: "Kenapa kamu berbaris di sini?"

Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan mengatakan ada dermawan akan membahagi-bahagikan buah orange dan sebab itulah beliau berbaris. Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan cucu-cucunya yang lain yang mungkin mengharapkan beliau membawa pulang buah-buahan. Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya. Dia berbaris di belakang.

Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu. Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir, dia terkejut kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat. Dia tercengang lalu tertanya: "Kamu tua, bagaimana kamu lakukannya?"

Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan orange itu menjawab: "Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering."

Kisah tok batin


Maka tersebut lah kisah seorang Tok Batin nie yang banyak membantu
Kerajaan Malaysia dalam mempromosikan barangan buatan tangan dikalangan
masyarakat orang-orang asli di Malaysia semasa promosi Tahun Melawat
Malaysia pada Sukan Komanwel satu masa lalu.
Maka Tok Batin nie dapat ler anugerah serta wang tunai RM500. Maka
dipendekkan cerita, suatu hari Tok Batin nie yang tak pernah keluar dari

kampung lamannya sejak kecil lagi ingin pergi ke pekan berjalan-jalan
dengan berbelanja disebabkan dapat duit RM500 tu la....... Maka pada
suatu pagi bersiap-siap ler Tok Batin nie dengan kemasnya... lalu
diambilnya selipar jepunnya yang disimpan dalam almari tu sejak dulu
lagi (memang tak pernah pakai.... biasa berkaki ayam je..)

Lalu berjalan ler Tok batin keluar dari hutan bila sampai je kat
hentian bas..... Tok Batin cuba kontrol macho.... lalu bertanya pada
seorang pemuda yang sama-sama tunggu bas kat situ, "Bas perghi pekan dah

syampai.....?" Konon-konon macam dah biasa ler naik bas tu....

"Sekejap lagi sampai ler tu.....", sahut pemuda tu selamba.

Apabila bas sampai Tok Batin menyuruh semua orang naik dulu,sebab dia
kelam kabut sikit... maklum ler first time naik bas. Last sekali dia
naik terus duduk depan kat sebelah konduktor.

"Tok Batin nak gi maner....?", mat konduktor sure kenal tu mesti org
asli dari cara dia berpakaian.

" Aaaa..... nak perghi pekan ler.... nak tenghok citer Hindustan..",
jawabTok selamba.... lepas membayar tambang Tok Batin tak bergerak-gerak

lagi disebabkan rasa ngeri naik bas dah ler first time, laju pulak tu.

Apabila sampai aje di pekan... konduktor memberi tahu penumpang, "OK
dah sampai turun pelan-pelan.....!"

Maka Tok Batin yang dari tadi dah terbeliak matanya naik bas laju...
terus bangun.. dan tetiba je kat tangga bas tu dia tak jadi turun
mukanya cemas... Bila konduktor tu nampak Tok Batin tak turun-turun lalu

dia bertanya, "Hah. Tok.... apasal pulak tu........?"

Dengan nada marah Tok Batin tu jawab, "Mana shelipar aku..... tadi aku
naik aku taruk kat bawah tangga nie....... sapha kebassshh sheliparr
aku.........!!"

Tidak ada komentar:

Posting Komentar